Kategori Anugerah Dikir
1. Juara Terbaik
Seseorang yang telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 10 pertandingan dari tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Telah memenangi tidak kurang dari 4 pertandingan yang telah disertainya. Dihormati bukan sahaja di kalangan kumpulannya sendiri, tetapi juga ahli pendikir dari kumpulan lain.
2. Juara Harapan
Telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 5 pertandingan dikir barat dari tahun 2005-2010. Seseorang yang berpotensi besar untuk melangkah jauh walaupun baru sahaja berkecimpung.
3. Karut Terbaik
Sentiasa membawa kreativiti dan mengetengahkan mesej penulis dengan berkesan/ senang difahami. Mempunyai cara tersendiri dari segi penyampaiannya. (refer to criteria for Juara terbaik)
4. Karut Harapan
Telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 5 pertandingan dari tahun 2005-2010. Berpotensi besar untuk melangkah jauh dan meningkatkan prestasi.
5. Paluan Terbaik
Seseorang yang telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 10 pertandingan dari tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Telah memenangi tidak kurang dari 4 pertandingan yang telah disertainya.. Memberi kesegaran kepada rentak paluan/ kreatif.
6. Paluan Harapan
Seseorang yang telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 10 pertandingan dari tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Telah memenangi tidak kurang dari 4 pertandingan yang telah disertainya. Mempunyai potensi untuk berkembang dan meningkatkan lagi mutu persembahan.
7. Kumpulan Pos-menengah Terbaik
Kumpulan yang aktif bertanding dalam pertandingan peringkat pos-menengah ataupun peringkat nasional. Mempunyai reputasi yg baik dan secara amnya, menitikberatkan perkembangan kumpulan dalam bidang ini. Mutu persembahan yang memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Secara keseluruhan, persembahan yang boleh dibanggakan.
8. Kumpulan Wanita Terbaik
Kumpulan yang aktif bertanding. Konsisten dari segi mutu persembahan. Pencapaian yang boleh dibanggakan. Pernah dinobatkan sebagai kumpulan wanita terbaik/ mendapat pencalonan untuk pertandingan dikir barat dari tahun 2005-2010.
9. Piala Khas Anugerah Dikir
Seorang aktivis Dikir Singapura yang telah mengharumkan nama Dikir Singapura. Akibat dedikasi yang tinggi, beliau telah mampu mempunyai tahap kemahiran berdikir yang sukar untuk ditandingi oleh para pendikir setempat. Beliau juga telah mempromosikan nama Dikir Singapura pada tahap internasional.
10. Penulis Senikata Terbaik
Seseorang yang telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 10 pertandingan dari tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Telah memenangi tidak kurang dari 4 pertandingan yg telah disertainya. Seorang penulis yang mampu mengupas tema dengan kreatif tetapi masih dapat memastikan hasil penulisannya dapat dicerna serta diterima oleh para penonton dengan mudah.
11. Penulis Senikata Harapan
Seseorang yang telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 5 pertandingan dari tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Penulis muda yang selalu mengetengahkan idea-idea segar dan isu-isu yang relevan dalam bentuk yang inovatif dan penuh nilai estetika.
12. Pena Bakti
Seorang penyair yang termashyur dan namanya tidak asing lagi baik dalam bidang penulisan lirik lagu Dikir Singapura mahupun dalam bidang penulisan komersial. Hasil tulisan beliau meninggalkan impak yang ketara bukan sahaja pada komuniti Dikir Singapura tetapi juga pada masyarakat Melayu Singapura.
13. Awok-awok Terbaik
Kumpulan awok-awok yang telah menerima pencalonan dalam sekurang-kurangnya 10 pertandingan dari tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Telah memenangi tidak kurang dari 4 pertandingan yang telah disertainya. Sentiasa memberikan persembahan yang terbaik, kesenian yang tersendiri dan sering menjadi pujian penonton.
14. Awok-awok Harapan
Kumpulan awok-awok yang menunjukkan potensi tinggi walaupun masih muda dari segi pengalaman berkecimpung dalam arena seni Dikir.
15. Kumpulan Dalam Kenangan
Kumpulan yang telah lama wujud dalam arena seni Dikir Singapura tetapi masih aktif dalam arena seni Dikir Singapura.
16. Lagu Terbaik
Pencalonan akan ditetapkan berdasarkan lagu-lagu yang dihantar kepada pihak Gabungan. Lagu-lagu yang dipilih panel pengadil perlu dipersembahkan lagu tersebut pada malam Anugerah Dikir sama ada dalam bentuk persembahan dikir barat atau pun versi akustik. Lagu-lagu yang layak dipertandingkan haruslah lagu-lagu yang telah dicipta pada tahun 2005 – 2010.
17. Pendikir Paling Versatil
Seorang pendikir yang serba-boleh. Pernah menerima pengiktirafan dalam pelbagai aspek Dikir Singapura sepanjang 2005 – 2010.
18. Awok-awok Paling Semangat
Kumpulan awok-awok yang senantiasa memastikan skala tenaga persembahan mereka menjejak angka 101 peratus.
19. Kumpulan Contoh
Memaparkan semangat para pendikir Singapura yang sejati. Mempunyai pertalian persaudaraan yang erat. Berdedikasi tinggi dan bersemangat waja.
20. Kumpulan Paling Disiplin
Selalu mematuhi peraturan pertandingan. Berdisiplin tinggi baik sebagai seorang pendikir mahupun sebagai seorang penonton.

Untuk kategori ke 16, kategori lagu terbaik, adakah ia bermakna setakat bahagian lagu Juara sahaja atau secara keseluruhan? (inklusiv bahagian Karut)
Lagu terbaik merujuk kepada Lagu Juara Terbaik.